Terkini : Dun Sarawak berkemungkinan besar dibubar hari ini

Terkini : Dun Sarawak berkemungkinan besar dibubar hari ini

Berita ni diambil dari Malaysiakini: –

Dewan Undangan Negeri Sarawak mungkin dibubarkan harini, menurut sebuah laporan.

Media yang berpangkalan di Sarawak, Borneo Post memetik sumber yang mengatakan pembubaran itu adalah “sangat berkemungkinan”.

Sumber yang dipetik laporan itu juga mendakwa bahawa pengundian kemungkinan diadakan pada 27 November dengan penamaan calon pada 13 November.

Sekiranya benar, ia akan bertindih dengan pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November dengan pencalonan pada 8 November.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga dilaporkan akan melakukan lawatan rasmi ke Sarawak pada hujung minggu ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa PRN Sarawak dan Melaka akan diadakan secara serentak.

Menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengatakan bahawa darurat di Sarawak boleh ditamatkan lebih awal.

Penamatan darurat secara automatik akan membubarkan DUN – yang tempohnya berakhir pada bulan Jun.

Darurat di Sarawak – yang dijadualkan berakhir pada Februari tahun depan – diisytiharkan sebelum ini untuk menangguhkan pilihan raya negeri susulan pandemil Covid-19.

Sehingga semalam, 90.8 peratus orang dewasa Sarawak telah divaksinasi sepenuhnya.

Suntikan dos ketiga (penggalak) juga dilancarkan kepada warga emas di negeri itu.

Sarawak berdepan kes Covid-19 empat digit bulan lalu tetapi jumlahnya menurun sejak 16 Oktober.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/596130

COMMENTS