Terkini : Faizal Azumu dilantik Penasihat kepada PM yang bertaraf menteri

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri, yang bertaraf menteri.

Perkara itu disahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Datuk Farid Zawawi yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu.

Menerusi satu poster yang tular, pelantikan bekas Menteri Besar Perak itu difahamkan telah berkuatkuasa Ogos ini.

Poster ucapan tahniah itu juga dilihat dikeluarkan oleh Bersatu Bahagian Kota Bharu.

sumber : https://malaysiadateline.com/faizal-azumu-dilantik-penasihat-khas-pm-bertaraf-menteri/