Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (Perintah Kawalan Pergerakan) di mana orang ramai seluruh Malaysia perlu mengikut SOP seperti yang ditetapkan pihak kerajaan.
Dalam pada itu, tular sebuah perkongsian di Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam di mana sebanyak 9 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada orang awam yang melanggar SOP PKP.
Turut hadir bersama dalam rondaan berkenaan adalah anggota PDRM dan juga kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Difahamkan orang ramai sekadar dibenarkan untuk joging di sekitar kawasan kejiranan dan bukannya kawasan awam. Selain itu, orang awam dinasihatkan agar tidak berkunjung ke taman-taman awam dalam tempoh PKP 3.0 dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.
sumber : https://www.thevocket.com/gara-gara-joging-di-taman-awam-9-kompaun-dikeluarkan-mbsa-buat-individu-yang-langgar-sop/