Sebuah gereja di Kota Kemuning, Shah Alam musnah dijilat api malam tadi.
Memetik dari Malaysiakini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mereka menggerakkan 25 anggota selepas mendapat panggilan pada jam 11.19 malam tadi.
Insiden itu melibatkan gereja Kota Kemuning Assemblies of God Church di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat.
Tiada kemalangan jiwa berlaku.
Ditanya berkaitan puncak kebakaran, Norazam berkata perkara itu masih dalam siasatan.