Ingat lagi kes polis langgar budak sekolah yang pernah tular di media sosial tahun lepas? Hari ini adalah keputusannya.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan sebutan semula untuk menetapkan tarikh pendengaran permohonan jaminan kes Pegawai Kanan Polis, DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada 15 Disember tahun lepas itu pada 1 Ogos nanti.
Memetik dari Bernama, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet turut mengarahkan pihak pendakwaan dan peguam untuk memfailkan hujahan sebelum tarikh pendengaran itu pada prosiding sebutan kes hari ini.
Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang berusia 17 tahun sebelum ini.
Kejadian itu berlaku tengah hari pada tarikh berkemaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh.
Ini antara sebab kenapa PMX masih benarkan Blackrock beroperasi di Malaysia, tak sangka..Baca: