Terkini : Kad “Touch N Go” dan smart tag akan dimansuhkan pada tahun hadapan

Menerusi kenyataan media yang diterbitkan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), pihaknya memaklumkan yang bermula 15 Januari 2022, sistem RFID akan diaktifkan di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan daripada Skudai, Johor, hinggalah Juru, Pulau Pinang. Ia menandakan ketersediaan RFID di semua lebuh raya Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Sejajar dengan pelaksanaan itu, mereka turut mengumumkan yang penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan diberhentikan secara berperingkat. Namun, tempoh masa yang dimaksudkan tidak pula diperincikan.

Antara manfaat RFID berbanding sistem sedia ada adalah pengguna boleh pengalaman perjalanan lebih lancar tanpa henti di tol plaza pada kelajuan 30km/j.

Di samping itu, RFID bakal mengurangkan interaksi fizikal pengguna dengan orang lain dan ia baik dalam membendung penyebaran COVID-19.

Hal ini kerana, menggunakan TnG e-Wallet, mereka boleh menambah nilai akaun dompet digital mereka terus dari rumah tanpa perlu menyinggah di mana-mana. lokasi.

Touch ‘n Go RFID diperkenalkan kepada umum dalam tahun 2018. Pada ketika itu, mereka menawarkan pemasangan percuma di pusat-pusat pemasangan terpilih sebelum inisiatif itu dihentikan dalam Februari 2020.

Sekiranya anda berminat untuk memasang RFID, kit pemasangan kendiri ada dijual pada harga RM35 di Lazada dan Shopee.

sumber : https://bm.soyacincau.com/2021/12/16/smarttag-dan-kad-touch-n-go-di-plaza-tol-akan-dimansuhkan/