Terkini : Kerajaan setuju untuk beri dos ketiga kepada rakyat Malaysia

Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keutamaan suntikan dos ‘penggalak’ itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Perdana Menteri berkata, ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

“Suntikan dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/162262/BERITA/Nasional/Kerajaan-setuju-laksana-dos-ketiga-vaksin-Covid-19