Terkini : KKM akhirnya luluskan vaksin Cansino dan Johnson diguna di Malaysia

Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi dua lagi vaksin, iaitu yang dibangunkan CanSino Biologics di China dan Johnson & Johnson di Amerika Syarikat, untuk digunakan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini.

“Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua produk vaksin yang memerlukan hanya satu dos pelalian, iaitu Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China dan Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson.

“(Kedua-dua vaksin ini) telah diberi kelulusan penyenarain penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia,” katanya.

Noor Hisham turut memaklumkan, mesyuarat hari ini juga meluluskan penggunaan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech kepada golongan berumur 12 tahun ke atas.

Sebelum ini, kelulusan untuk vaksin Pfizer di Malaysia hanya untuk golongan berusia 18 tahun ke atas.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/579042

COMMENTS