Seramai 13 kanak-kanak yang menginap di rumah amal dikaitkan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) disahkan memiliki rekod pernah diliwat.
Memetik dari BHOnline, bercakap pada sidang media di sini hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata seramai sembilan orang dikenal pasti diliwat selepas pihak polis melakukan siasatan fasa kedua, manakala bakinya pada fasa sebelumnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.
Katanya, semua kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dalam satu kertas siasatan.
“Pada serbuan bertarikh 2 September lalu, kita terima laporan di Negeri Sembilan dan Selangor terdapat empat mangsa yang diliwat.
“Siasatan lanjut fasa kedua dalam serbuan pada 11 September lalu pula mendapati sembilan lagi mangsa telah dikenal pasti. Jadi siasatan dibuat di bawah satu kertas siasatan yang sama,” katanya.
Menurutnya, semua kanak-kanak itu berusia belasan tahun.
Lanjut menyusul
Baca: Mudah je resepi ayam goreng kunyit padu ini, tak tahu masak pun boleh jadi ‘power’