Terkini : Lebih 1,700 doktor kontrak akhirnya letak jawatan

Berita dipetik dari berita Harian

Seramai 514 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan dari Januari hingga Jumaat lalu, atas pelbagai alasan.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata pada 2017, jumlah mereka yang meletak jawatan seramai 110 orang, 168 orang (2018), 475 orang (2019) dan 511 orang (2020).

“Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan hak yang diputuskan sendiri pegawai atas sebab tertentu.

“Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang bertanya mengenai statistik bilangan pegawai perubatan siswazah yang meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan itu.

Dr Noor Azmi berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) amat prihatin dengan nasib dan masa depan pegawai perubatan lantikan kontrak.

“Kita wujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti perkara berkaitan doktor muda ini.

“Menteri (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) mengambil pendekatan serius mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dan akan meneruskan usaha supaya doktor kita dapat meneruskan tugas dengan sebaik-baiknya,” katanya.

sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893149/lebih-1700-doktor-letak-jawatan

COMMENTS