Sekarang ni memang ramai yang meletakkan handphone di atas paha ketika memandu walaupun mereka tidak menggunakan handphone sewaktu memandu. Letak handphone atas paha biasa dibuat juga jika sedang menggunakan aplikasi waze.
Ada juga yang meletakkan handphone di paha supaya senang jika ada panggilan yang harus dijawab tetapi, mungkin ramai yang tidak tahu anda berisiko besar untuk disaman jika anda ditahan roadblock ketika meletakkan handphone di paha.
Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang mengatakan info itu diterima daripada kawan-kawannya yang biasa berhadapan dengan roadblock. Di dalam video tersebut, dia menyarankan individu yang memandu kereta untuk meletakkan handphone mereka di phone holder.
“Jika ada pegawai JPJ atau polis ke dapati korang punya phone ada kat atas paha ke kat atas seat ke berkemungkinan korang akan dicas menggunakan telefon sewaktu memandu.”
@adamruss53 Yg bawak kereta pon skrg pon dah tak selamat dah skrg ni . Tgk video ni sampai habis supaya tak salah faham input tlg share pada kawan2 dan sahabat2 ya . “Jgn main telifon masa bawak kereta” nnti kene saman #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #fypage #longervideos #anakpaktam ♬ original sound – Anak_PaktaM
Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas perkongsian tersebut dan ada juga yang mengiyakan perkara berkenaan.