Terkini : Mahkamah arah Hamzah Zainuddin luluskan pendaftaran MUDA

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari.

Keputusan mahkamah tersebut dimaklumkan oleh Muda dalam satu ciapan Twitter rasminya yang turut mengatakan KDN perlu membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

Pada 17 September tahun lalu Muda memohon RoS mendaftarkannya sebagai parti politik, namun RoS menolak permohonan tersebut pada 6 Januari 2021.

Pada 4 Februari, Muda membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin susulan penolakan RoS tersebut.

Bagaimanapun, pada 11 Ogos, Hamzah dalam sepucuk surat telah menolak rayuan bagi pendaftaran parti tersebut. Namun surat itu tidak memberikan sebarang penjelasan sebab penolakannya.

Pada 21 September, hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan pemimpin Muda Syed Saddiq Abdul Rahman untuk membuat semakan undang-undang terhadap penolakan Hamzah terhadap permohonan Muda.

Pendengaran semakan undang-undang yang difailkan Syed Saddiq didengar hari ini.

sumber : https://www.malaysianow.com/berita/2021/12/14/mahkamah-arah-hamzah-luluskan-pendaftaran-muda/

COMMENTS