Terkini : Mahkamah benar Najib dan anak tangguh bayar cukai RM1.7 Billion kepada LHDN

Terkini : Mahkamah benar Najib dan anak tangguh bayar cukai RM1.7 Billion kepada LHDN

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin menangguhkan sementara pembayaran tunggakan cukai pendapatan masing-masing lebih RM1.7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Azizah Nawawi membenarkan penangguhan sementara berkenaan bagi membolehkan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu kes tunggakan cukai pendapatan itu didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

“Terdapat keadaan istimewa untuk kami membenarkan penangguhan sementara menunggu pendengaran permohonan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Selain Azizah, panel hakim yang turut bersidang ialah Che Mohd Ruzima Ghazali dan Gunalan Muniandy.

BERITA LANJUT MENYUSUL

COMMENTS