Terkini: Mahkamah tolak permohonan Muhyiddin

Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini menolak permohonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengembalikan empat tuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan (panel lain) dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi, bersama-sama Datuk Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Muhyiddin daripada empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi BERSATU.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan terbabit.

Baca: McDonald’s Langkawi dihentikan sepenuhnya setelah 25 tahun gara-gara boikot