Terkini !!! Majikan di Selangor kini boleh beli vaksin sendiri untuk pekerja

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Majikan-majikan di Selangor kini boleh membeli vaksin Covid-19 untuk pekerja mereka, sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Keluarga Kerajaan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud, syarikat-syarikat berkenaan boleh berdaftar untuk mendapatkan vaksin tersebut melalui aplikasi Selangkah.

“Untuk maklumkan, Selangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka.

“Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman https://vax.selangkah.my,” katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, laman dan aplikasi tersebut tidak menyatakan jenis vaksin yang akan disediakan. Malaysiakini telah cuba menghubungi Dr Siti Mariah untuk maklumat lebih lanjut.

Pada masa sama, dia turut menafikan mesej tular di media sosial berhubung pemberian 500,000 vaksin Sinovac kepada rakyat Selangor.

Menurutnya, segala kenyataan atau pengumuman rasmi berkenaan vaksin Covid-19 di negeri Selangor hanya akan dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari atau dirinya sahaja.

“Saya mengambil maklum berkenaan mesej yang ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp yang antaranya menyatakan ‘The Selangor Government is rolling out additional 500k Sinovac vaccines to Selangorians.’

“Saya ingin menegaskan bahawa mesej tular tersebut adalah palsu dan tidak benar,” katanya.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/575015