Terkini : Muhyiddin masih dirawat di hospital, ambil rawatan intravena

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

“Beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,”
menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Kenyataan itu turut menyebut hasil pemeriksaan kesihatan mendapati tiada bukti
menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

Sehubungan itu, beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Terdahulu, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/04/muhyiddin-dalam-keadaan-stabil-jalani-rawatan-jangkitan-pada-sistem-penghadaman/