Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi antara pemimpin yang diasak untuk melepaskan jawatannya ekoran beliau dianggap tidak serius ketika negara sudah pun merekodkan peningkatan kes Covid-19 paling tinggi hari ini.
Di Twitter, tanda pagar #MuhyiddinOut mula trending selepas warganet menganggap Perutusan Khas Covid-19 yang disiarkan petang semalam sebagai buang masa dan tidak sensitif.
Selepas 12 jam perutusan itu, kempen #MuhyiddinOut menduduki tempat paling atas dengan hampir 30,000 pengguna twitter berkicau mengenai cadangan ini.
Menerusi perutusan tersebut, Muhyiddin sempat berjenaka akan merotan sesiapa sahaja yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan selain memberitahu tiada dwi standard terhadap mana-mana individu yang melanggar arahan kuarantin.
Dalam tempoh dua jam awal sahaja, lebih 10,000 Tweet mendesak ahli Parlimen Pagoh itu untuk meletakkan jawatannya.
Rata-rata menganggap Perdana Menteri tidak prihatin dengan isu semasa, apatah lagi apabila kanak-kanak berumur satu tahun dilaporkan menjadi yang termuda meninggal dunia akibat wabak Covid-19.
“Ketika ini kita perlukan Perdana Menteri sebenar. #MuhyiddinOut,” ciap Ahmad Farhan
“Sudah lapan bulan sejak Covid-19 melanda Malaysia dan sekarang PM kita cakap ‘abah rotan nanti’. Sila ingat, hari ini seorang kanak-kanak satu tahun meninggal dunia di Sabah. Kematian ini boleh dielakkan sekiranya tiada ‘double standard’ dan perubahan pada SOP yang ikut sedap tekak dia. #MuhyiddinOut,” tulis Meringue.
Adlin pula menyelar dan berkata rakyat Malaysia tidak memerlukan Perdana Menteri yang tidak prihatin seperti ini.
Pada masa sama, antara yang berkempen agar Muhyiddin melepaskan kedudukannya itu termasuklah, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) Aiman Athirah Al Jundi.
Kemarahan orang ramai mulai ketara apabila peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 terutama selepas pilihan raya umum negeri Sabah selesai.
Kalau sebelum ini, para netizen Umno berkempen mendesak parti mereka keluar dari kerajaan Muhyiddin berikutan apa yang berlaku kepada parti mereka di Sabah, ia kemudiannya disertai orang ramai pula apabila kes Covid meningkat.’
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 691 kes baharu dicatat di samping empat kematian termasuk seorang bayi.
Sebelum ini, orang ramai mula menyampaikan kemarahan itu dengan mengangkat kain rentang