Parti Islam se-Malaysia (Pas) akan membawa nama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mengadap Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah nanti.
Menurut sumber parti, keputusan semalam hanya membawa nama Timbalan Perdana Menteri tersebut berikutan Ismail telah mendapat sokongan 100 orang ahli Parlimen blok kerajaan.
“Dalam keadaan pandemik dan rakyat berhadapan tekanan ekonomi kita mahu menyelesaikan krisis politik ini dengan segera dan meneruskan usaha membantu rakyat.”
Sumber : https://suara.tv/17/08/2021/pas-akan-bawa-nama-ismail-sabri/
Dalam pada itu, DATUK Seri Nazri Aziz telah menandatangani perisytiharan berkanun (SD) yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan telah meminta semua anggota Parlimen Umno untuk melakukan perkara sama bagi menamatkan kemelut politik yang sedang berlaku.
Nazri mengatakan bahawa dia menandatangani SD di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada petang Ahad.
“Saya sudah menandatangani dan saya fikir semua Ahli Parlimen Umno harus menyokong, termasuk mereka yang menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Nazri kepada The Star.