Terkini : PM akan umum PKP dilaksanakan dalam masa terdekat?

Kerajaan akan menilai semula Printah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin penilaian semula ini penting untuk memastikan SOP yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan COVID-19 yang sedang meningkat dalam negara dan seluruh dunia.

Dalam kenyataanya juga berkata, kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal HIDE bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19

“Premis-premis ini diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar mereka yang positif.

“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan secara bersasar,” katanya.

Melalui sistem ini, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi-lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi

“Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak,” kata beliau.

Terdapat, spekulasi pelaksanaan PKP 3.0 di Lembah Klang dijangka bermula minggu depan akibat peningkatan kes harian Covid-19.

Anggota Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, jika pelaksanaan PKP di Lembah Klang akan memberi kesan terhadap 10 juta penduduk.

Jumlah harian kes Covid-19 di Lembah Klang kini mencecah empat digit sejak 23 April lalu. Setakat ini, PKP dikenakan di Kelantan dan lima daripada 12 daerah di Kedah:

Antara peraturan PKP adalah sekatan rentas negeri, tidak boleh mengadakan majlis sosial atau keagamaan dan penutupan sekolah.

sumber : https://malaysiadateline.com/pkp-akan-dinilai-semula/