Terkini : PNB umum agihan dividen, 5.00 sen seunit

Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengumuman dibuat Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria menerusi sidang media secara maya, hari ini.

Katanya, pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

“Jumlah pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion membabitkan 10.4 juta pemegang saham ASB bagi tahun ini,” katanya.

Penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022.

Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2022.

sumber : Hmetro