Terkini : Rakaman video ini bukti kilang Arak beroperasi dalam PKP penuh

Tular di media sosial harini mengenai rakaman video yang dibuat oleh seorang pemuda. Rakaman yang dimaksudkan adalah video kilang arak carlsberg yang masih beroperasi walaupun kerajaan sudah umumkan lockdown.

Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat beberapa orang pekerja yang memakai vase berwarna hijau melakukan kerja masing-masing di Kilang tersebut.

Rakaman dilakukan pemuda itu yang kebetulan perumahanya berada di sekitar kilang Carlsberg(Video di bawah).

Semalam, tular di media sosial semalam tentang surat kebenaran untuk kilang arak terkemuka dunia Carslberg dibenarkan beroperasi ketika PKP penuh ini.

Namun surat ini tidak dipastikan kesahihanya.

Jika betul, sudah pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat malaysia dan umat islam khususnya tentang bagaimana minuman “haram’ ini boleh menjadi barangan essential dalam MITI.

PENGESAHAN PENDAFTARAN SYARIKAT DI DALAM SISTEM MITI-COVID-19 INTELLIGENT MANAGEMENT

Pendaftaran Syarikat CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BERHAD di dalam Sistem KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) COVID-19 INTELLIGENT MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) adalah dirujuk.

2. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Syarikat, disahkan bahawa Syarikat CARLSBERG

BREWERY MALAYSIA BERHAD telah berdaftar di Sistem MITI – CIMS dengan maklumat yang berikut:

Nama Syarikat Alamat : CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BERHAD NO. 55, PERSIARAN SELANGOR, SECTION 15. SHAH ALAM,

Kluster : Pembuatan (Selain Daripada Aeroangkasa & Automotif)

Sektor : Pembuatan (Selain Daripada Aeroangkasa & Automotif)

Sub-sektor : Makanan dan Minuman

Sehubungan dengan ini, berdasarkan kepada maklumat dan Akujanji yang dikemukakan oleh Syarikat, adalah dimaklumkan bahawa Syarikat CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BERHAD adalah dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP bermula 1 Jun 2021 dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Am dan Sektor Pembuatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

4. MITI ingin menegaskan kewajipan dan kebertanggungjawaban pihak industri untuk mematuhi arahan PKP dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.

MITI dengan kerjasama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) akan menjalankan penguatkuasaan secara berkala di sepanjang tempoh PKP ke atas syarikat-syarikat untuk memastikan pematuhan SOP dan akan mengambil tindakan mengkompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang temasuk menutup premis berkenaan.

Sekian, terima kasih.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI ( MITI)