Terkini: Sah! Sanusi sahkan kahwin dengan pegawai polis

Selepas beberapa hari berteka-teki status perkahwinan dengan anggota polis, akhirnya hari ini Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor sahkan khabar angin ini.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya mengesahkan bahawa beliau mengahwini seorang pegawai polis sebagai isteri kedua.

Memetik dari astro awani, menurut beliau, proses perkahwinan itu juga dilaksanakan mengikut proses dan undang-undang perkahwinan yang sah selain pinangan perkahwinan keduanya dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

“Saya (nak maklumkan saya sudah) kahwin dengan polis, isteri saya pergi meminang, pinangan itu dibuat oleh isteri saya, berbulan (bulan) dahulu,

“Alhamdulillah (majlis berlangsung dengan) sempurna, teratur dan beres, (pada) hari pinangan (dan) hari perkahwinan, isteri (pertama) saya ada (bersama), anak-anak saya (juga) hadir, semua proses yang kena buat untuk (perkahwinan) itu semua dipatuhi, jadi tidak ada isu,” katanya seperti dipetik awani.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Daerah Padang Terap di Dewan Komuniti Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, katanya pendedahan itu dibuat hari ini bagi mengelak lebih banyak spekulasi yang tidak benar dan fitnah keatas beliau dan keluarga.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau mengambil sikap berdiam diri sebelum ini berhubung perkahwinan keduanya bagi mengelakkan wujud cerita-cerita sensasi yang tidak perlu mengaitkan dirinya.

“Benda-benda (perkahwinan) macam itu tidak patut jadi sensasi, masyarakat (sepatutnya) kena didik, (nak) sensasi (apa-apa pun) mesti kena ada ilmu apa semua, saya tak berhasrat buat pengumuman itu (sebelum ini) sebab saya nak elak benda sensasi yang tak perlu,

“Jadi (apabila) hampa ligan (kejar), saya pun kesian tengok hampa, saya pun maklum (harini), saya rasa tidak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi,” katanya berseloroh.

Terdahulu, Sanusi enggan mengulas desas-desus mengenai perkahwinan keduanya.

Baca: Pasangan murah hati beri tips rahsia jimat sabun pencuci, tak sangka video tular 2.3 juta tontonan