Terkini : Selangor hujan ribut petir lagi harini, keadaan bertambah buruk

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan negeri ini, pagi ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca buruk itu diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa daerah di Johor iaitu Pontian, Kulai serta Johor Bahru.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,”maklum MetMalaysia.

sumber : selangorkini