Terkini : Sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa hujung tahun ini

Sempadan negara perlu dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun depan, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan Bernama, perkara itu dicadangkan MPN kepada kerajaan.

Sempadan negara ditutup kepada semua pelawat antarabangsa sejak pandemik Covid-19 mula melanda negara ini pada tahun lalu.

Muhyiddin berkata, cadangan pembukaan sempadan itu adalah bagi mempercepatkan proses pemulihan negara terutama dalam sektor pelancongan.

“Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai situasi sektor pelancongan negara yang menyaksikan pemulihan yang agak perlahan disebabkan ketiadaan pelancong antarabangsa yang memasuki negara ini selain operator sektor ini yang memerlukan masa untuk memulakan semula perniagaan mereka.

“Mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik, mesyuarat hari ini memutuskan supaya sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.

sumber : FMT