Tadi saya dihubungi oleh seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh.
Berkenaan permohonan untuk menjadi sukarelawan vaksin.
Rupa rupanya, vaksin ini bukanlah jenis Pfizer yang dibeli oleh kerajaan tetapi vaksin baharu yang masih belum diberi nama. Vaksin ini dari China.
Panjang lebar diterangnya tadi.
Kajian ini akan diadakan selama setahun. Maksudnya, dalam masa setahun ini, saya perlu ke Hospital Sg Buloh sekurang kurangnya enam kali. Saya akan mendapat dua dos suntikan vaksin baharu ini. Kemudian, segala kesan akan dipantau sepanjang tempoh itu.
Banyaklah pantang larangnya.
Antaranya, saya tidak boleh mepunyai anak selama setahun.
ha sudah.Seram pula dengarnya.
kemudian, saya tidak boleh menerima suntikan Pfizer ini kerana badan saya telah disuntik dengan vaksin lain.
Baru haritu rasa nak jadi hero. Sekarang macam kena fikir banyak lai pula.