JOHOR BAHARU, 29 Mei -- Sultan Johor Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada majlis perasmian pembukaan penggal persidangan kedua bagi Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Bukit Timbalan Johor Baharu di sini hari ini. --fotoBERNAMA(2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Terkini : Sultan Johor perkenan bubar dun Johor, beri laluan Pilihanraya Negeri

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan untuk PRN diadakan.

“Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Besar Hasni Mohammad pada jam lima petang tadi di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Pertemuan turut disertai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani, yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor, menurut kenyataan itu lagi.