Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menganggap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai prihatin rakyat dengan tanpa sesiapa yang tertinggal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata demikian selepas genap setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang digelarnya “rejim 22 bulan” tumbang.
Ahli Parlimen Kota Bharu berkenaan bahkan menyelar PH sebagai kerajaan yang memerintah dengan haloba.
“Setahun lalu (23 Februari 2020) jatuhnya Regim 22 bulan yang tidak cakna rakyat, memerintah dengan haloba opportunist, syukur diganti Kerajaan Prihatin Rakyat, no one will left behind,” katanya sebentar tadi di Twitter beliau.
Lantas, akibat status ini ramai netizen di media sosial mengecam tindakan yang dibuat Takyuddin.
Eppy fizul menulis, “Kepala bapak kau la. Kerajaan prihatin apa yg ko ckp ni sial..sial punya penunggang agama. Haram bahagian aku sebagai rakyat bayar gaji ko.”
harza nadwa Sedar juga menulis “tak geng kamu dah ambil hak rakyat, yang penat keluar undi? Ambil hak orang kan zalim? Bawa nama Islam konon.Cukuplah selindung di balik teknikaliti kertas aturan.
Kalau jumpa duit orang, pulangkan. Bukan agih sesama kawan. Inikan pula setelah ditebuk poket orang itu.”
Azlim ibrahim menulis “Apa punya fikiranlah YB Menteri? Jika PH yg dipilih sbg kerajaan dlm PRU14, dikira gagal, biarlah rakyat yg tentukan dalam PRU15 pula. Itu baru ada integriti/prinsip! anak2 melihat ibubapa, murid2 memerhati guru2, org muda duk perati ja kelaku org tua! tunjuklah yg baik!”
Setahun lalu, PH yang membentuk kerajaan dengan 138 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018 hilang majoriti untuk membentuk Kerajaan Pusat selepas pengkhianatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 11 Ahli Parlimen PKR.
Digelar Langkah Sheraton, 20 Ahli Parlimen Bersatu diketuai Muhyiddin Yassin dan wakil rakyat PKR yang merupakan kumpulan penyokong Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin itu keluar PH mengakibatkan gagasan tersebut hanya berbaki 101 kerusi.
Rampasan kuasa yang membawa kepada terbentuknya kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun tidak mendapat sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima Ahli Parlimen yang sebelum ini dalam Bersatu.
Turut enggan terbabit dalam pembentukan kerajaan pintu belakang tersebut ialah Shafie Apdal yang ketika itu Ketua Menteri Sabah serta 10 lagi dalam kumpulannya.
Sejak 12 Januari lalu, kerajaan PN yang turut disokong 18 Ahli Parlimen Pas hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja.