Terkini : Warganet kecam Neelofa tak pakai Pelitup Muka pergi Mahkamah

Usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa atau lebih dikenali sebagai Neelofa sekali lagi menjadi buah mulut warganet.

Neelofa didakwa tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standsars (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh pihak media ketika berada di perkarangan mahkamah, kelihatan jelas niqab yang dipakai oleh Neelofa itu menampakkan bentuk hidung serta mulutnya dan seperti tidak memakai pelitup muka di dalam niqabnya.

Susulan daripada isu berkenaa, terdapat segelintir warganet yang mempersoalkan penambilan Neelofa yang didakwa kelihatan seperti tidak memakai pelitup muka.

Walau bagaimanapun, terdapat kenyataan mengenai pemakainan pelitup muka bagi wanita berpurdah yang telah diberitahu oleh Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti. Individu yang memakai purdah atau niqab perlu memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

sumber : https://ohbulan.com/kalau-pakai-niqab-mask-pun-kena-pakai-netizen?fbclid=IwAR1CofiRHpCSQOOLwxeCgasVNwsFsXRgnWN5DE5ekmF5EKCGy1Ejtg2y-bs