Terkini:”Kalau nak pecat saya mesti melalui BN, bukan mesyuarat umno bahagian”

Annuar Musa memaklumkan beliau mengetahui dipecat sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) melalui media.

Katanya, mengikut undang-undang parti pemecatannya perlu dibuat menerusi mesyuarat BN.

“Pecat dan dilantik (sebagai setiausaha agung BN) tidak boleh dibuat presiden Umno dalam mesyuarat ketua bahagian Umno, ia perlu dibuat pengerusi BN dalam mesyuarat BN bersama rakan parti lain.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya menerima keputusan presiden, pengerusi BN memecat saya dan saya telah maklum kepada beliau jam 1.51 tengah hari semalam untuk saya ucap terima kasih,” katanya.

sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/06/annuar-dakwa-pemecatannya-perlu-dibuat-menerusi-mesyuarat-bn/

COMMENTS