Terlalu ‘feeling’ tengok filem aksi Salman Khan, peminat sampai bakar mercun dalam panggung

Terlalu ‘feeling’ tengok filem aksi Salman Khan sehinggakan peminat membakar mercun dalam panggung wayang ketika filem Tiger-3 ditayangkan kelmarin.

Sekumpulan peminat dilihat membakar mercun dan bunga api dalam sebuah panggung wayang yang terletak di daerah Maharashtra, Mumbai ketika filem Tiger-3 lakonan Salman sedang ditayangkan.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan penonton yang rata-ratanya lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Sedar dengan situasi yang dicetuskan Salman turut tampil bersuara menerusi akaun X dengan meminta para peminat berseronok menonton filem tanpa perlu melakukan sebarang tindakan berbahaya.

“Saya mengetahui mengenai insiden kebakaran dalam panggung ketika tayangan Tiger-3. Perkara itu bahaya.

“Berseronoklah dengan filem tersebut tanpa meletakkan diri dan orang lain insiden yang berisiko. Kekal selamat,” katanya.

Difahamkan, insiden sebegini bukan kali pertama dilakukan oleh peminat Salman.

Sebelum ini, pentaksubnya juga pernah mencetuskan situasi sama ketika tayangan filem Antim: The Final Truth iaitu pada tahun 2021.

Perkara ini barangkali ada benarnya memandangkan perkataan taasub juga sudah membawa satu konotasi keterlaluan yang tentunya tidak akan mendatangkan kebaikan.

Atau memang wujud artis yang gemar dan megah apabila dirinya dipuja-puja orang atau peminatlah yang sebenarnya tidak cerdik dalam meletakkan batas dalam minat?

Baca juga: Menitik air mata anak lelaki Ac Mizal masa akad nikah, “sebak ayah tak datang..” – netizen