Seorang Ahli Parlimen sanggup cuci jamban sekolah dengan menggunakan tangannya sendiri disebabkan tidak tahan dengan keadaan tandas di India.
Aksi Ahli Parlimen itu, Janardan Mishra yang dirakam hadir di sekolah mengejutkan semua pihak. Aksi spontan Yb itu turut dirakam oleh lensa kamera yang mana selepas itu tular di media sosial.
Mishra terus membersihkan mangkuk jamban tanpa berfikir panjang dengan menggunakan tangan dan air sahaja tanpa sebarang peralatan mencuci yang lain seperti berus, sabun dan sarung tangan selepas dia terkejut melihat keadaan tandas di kawasan itu.
Mishra hadir ke sekolah tersebut sebagai tetammu dalam satu program perladangan.
Ketika ditanya mengenai tindakannya itu, Mishra berkata, apa yang dilakukan adalah satu daripada cara untuk memotivasikan orang ramai untuk menjaga kebersihan.
“Semua orang perlu menjaga kebersihan. Daripada Mahatma Gandhi ke Perdana Menteri, Narenda Modi, mereka telah memberikan mesej mengenai kebersihan,” tambahnya.
Ini bukan kali pertama Mishra bertindak sedemikian. Pada 2018, dia melakukan perkara sama di sebuah sekolah dan videonya juga tular di media sosial. Misha adalah ahli parlimen di Negara India.
baca: Capai 9A dalam SPM, Erysha Emyra ‘bengang’ ramai setuju trend kegagalan demi content