Terlalu obses, bapa letak nama anak dengan watak anime

  • Post author:

Terlalu obses, bapa letak nama anak dengan watak anime. Bapa tunggal dari Filipina nekad menamakan anak lelakinya, Naruto Uzumaki Namikaze Maribojo.

Oddity Central melaporkan, nama itu dipilih kerana Jamesey Bolivar Maribojo, 29, dari bandar Davao adalah peminat tegar karakter Naruto.

Jamesey sangat sukakan karakter Naruto sehingga bersungguh-sungguh meyakinkan bekas pasangannya yang hamil untuk menamakan anak mereka dengan watak popular itu.

Idea itu juga dipersetujui bekas pasangannya, namun Jamesey tidak berhenti di situ kerana turut meletakkan nama keluarga Naruto pada hujung nama anaknya.

“Saya sentiasa menjadi peminat setia anime itu, sejak awal lagi.

“Jika kamu tahu Naruto: Shippuden, ceritanya mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang membesar tanpa keluarga.

“Sebagai bapa tunggal, saya menjaga anak saya seharian, namun sebelum berpisah dengan ibunya, kami bersetuju untuk menamakannya sebagai Naruto.

“Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan hanya menamakan dia Naruto jadi masukkan sekali nama keluarga ibu (Naruto), Kushina Uzumaki dan bapa (Naruto), Minato Namikaze,” katanya.

Bagaimanapun, keluarga Jamesey tidak bersetuju dengan pilihan nama untuk bayinya itu.

Menurut mereka, sukar bagi Naruto untuk menulis dan menyebut namanya serta kemungkinan akan dibuli oleh kanak-kanak lain.

“Pada mulanya, tiada siapa yang percaya itu nama penuhnya kerana saya terus memanggilnya Naruto.

“Ramai yang bertanya kepada saya sama ada itu nama sebenarnya,” kata peminat anime itu.

Ayah muda itu berkata, jika dia mempunyai anak lelaki lagi, kemungkinan besar dia akan menamakannya dengan nama musuh kepada Naruto iaitu Sasuke Uchiha. – Agensi

Diharapkan ibu bapa lebih sensitif ketika menamakan anak-anak, kerana yang akan terkesan apabila dibuli adalah anak. Sekuat mana obses kita terhadap sesuatu, jangan pernah libatkan mereka yang tidak bersalah.

Baca Juga: Jangan tersalah makan, ini 6 panadol dan fungsinya

Baca Juga: Ini senarai 10 negara miliki IQ paling cerdas, Malaysia tak kurang hebat juga