Wanita Rusia, Zhanna Samsonova yang suka mengamalkan diet ekstrem dengan memakan buah buahan Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran.
Dia yang juga seorang influencer kerap menampilkan dirinya di media sosial sambil menikmati makanan mentah kepada jutaan pengikutnya.
Menurut rakannya, beberapa bulan sebelumnya dia menyedari Samsonova kelihatan letih dan mempunyai bengkak di kakinya.
“Dia dihantar pulang untuk mendapatkan rawatan tetapi melarikan diri lagi. Apabila saya jumpa dia di Phuket, saya rasa takut.
“Saya nasihatkan supaya dia mendapatkan rawatan tetapi dia degil,” katanya.
Seorang rakannya mendakwa wanita itu hanya mengamalkan memakan buah buahan sepanjang tujuh tahun lepas dan ibunya mendakwa dia terkena jangkitan seperti kolera.
Samsonova menggunakan media sosial untuk menyebarkan tentang diet makanan mentahnya: “Saya makan makanan yang ringkas, walaupun saya mempunyai banyak pengalaman sebagai tukang masak makanan mentah.
“Saya suka mencipta resipi saya sendiri dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk makan dengan lebih sihat.”
Samsonova meninggal dunia pada 21 julai lalu dan punca kematiannya belum diketahui secara rasmi.
Baca juga: Mewarisi kecantikan ibunya, wajah terkini Puteri Amirah anak Sultan Brunei buat ramai terpegun