Terlebih ‘bijak’! Budak 8 tahun panjat, tabur pasir atas enjin Lamborghini

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang ditinggalkan tanpa pengawasan oleh ibu bapa telah menyebabkan kerosakan pada sebuah kereta sport Lamborghini, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Thaiger semalam.

Pada Ahad lepas, seorang lelaki yang dikenali sebagai Su dari wilayah Zhejiang, China, meninggalkan keretanya di tempat letak kereta awam untuk menyelesaikan urusan peribadi.

Setelah kembali, Su mendapati bahawa keretanya telah dipenuhi dengan pasir. Dia memeriksa sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan dan menemui seorang budak lelaki yang sedang memanjat dan bermain di atas keretanya.

Su kemudian menghubungi pihak polis dan akhirnya, budak lelaki itu mengaku tindakannya. Ibu kanak-kanak tersebut berjanji untuk bertanggungjawab dengan kos pembaikan.

Wanita tersebut beruntung kerana walaupun pasir telah masuk ke dalam petak enjin, ia tidak menyebabkan kerosakan yang serius pada enjin Lamborghini yang bernilai 8 juta yuan (RM5.19 juta) tersebut.

Kerana tiada kerosakan yang ketara, dia hanya meminta pasangan itu untuk menanggung kos pembersihan yang berjumlah kira-kira 10,000 yuan (RM6,485).

Baca juga: Ingatkan majlis kahwin, rupanya majlis ‘sunat je’