Terliur tengok puding thai warna warni, lagi senang buat kat rumah je..confirm anak suka

Mesti ramai yang sangat suka dengan puding kerana ia bukan sahaja mudah, namun dapat disajikan sebagai pencuci mulut untuk anak anak mahupun tetamu.

Tapi mesti bosan kan bila makan puding hanya dengan satu warna sahaja?

Apa kata kita cuba resepi puding warna-warni seperti yang dikongsi oleh Rose Ain Ramli di bawah ini?

Bahan-bahan:

  • 25 gram serbuk (agar-agar thai)
  • 2000ml air
  • 500ml air kelapa muda
  • 500ml santan (saya guna santan thai)
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 helai daun pandan (disimpulkan)
  • Secubit garam
  • 6 biji gula batu

Cara penyediaan:

Langkah pertama, masukkan semua bahan yang disenaraikan ke dalam periuk, kecuali santan.

Langkah kedua, masak campuran tersebut sehingga hampir mendidih, kemudian baru masukkan santan.

Langkah ketiga, teruskan memasak hingga campuran mendidih sekali, kemudian tutup api.

Kemudian, bahagikan adunan kepada tiga bahagian untuk diwarnakan mengikut pilihan.

Akhir sekali, sediakan acuan dan masukkan adunan secara selang seli untuk mendapatkan corak warna seperti yang terdapat dalam gambar. Setelah itu, sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih baik.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Entah-entah laki dia kelaut”- Abg Tesla sound netizen, suruh tengok suami sendiri sebelum sibuk hal Alif Teega