Bagi keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang besar, mereka pasti kerap berkumpul bersama-sama dan meluangkan masa ketika musim perayaan.
Sama seperti ahli keluarga ini yang meluangkan masa bersama di sebuah homestay di Melaka ketika hari raya Aidiladha baru-baru ini.
“Kami lima family membuat satu trip holiday beserta aktiviti sukaneka di sebuah homestay (nama dan lokasi dirahsiakan) di Melaka. Hari pertama masuk rumah memang tak terfikir nak azan atau nak buat pendinding sebab terlalu excited.
“Tapi ada lah baca-baca sikit. Alhamdulliah semua okay dan tak ada apa-apa yang berlaku.
“Hari kedua, semua berjalan dengan smooth je. Kami siap buat barbeku dan sebagainya,” kongsi lelaki menggunakan akaun @pkyracer di laman TikTok.
Namun pada hari kedua iaitu malam sebelum hari raya, mereka sekeluarga mula diganggu oleh entiti berkenaan yang berambut panjang.
“Nak dijadikan cerita, malam raya, kami baru balik dari bandar Melaka berjalan-jalan. Kami empat family dah masuk bilik, memang nak tidurlah. Satu family lagi lepak di tingkat bawah tengok TV.
“Dalam masa yang sama, isteri aku dengar perempuan mengilai dekat luar bilik. Dalam fikiran dia mungkin family yang bawah melawak la kot atau cuba-cuba nak menakutkan anak-anak mereka. Isteri aku pun malas fikir and tidur,” kongsinya.
Namun apabila bangun keesokan pagi, semua ahli keluarga kecoh dengan insiden yang berlaku pada malam sebelumnya.
“Esok bangun-bangun dah kecoh satu rumah. Barulah start mereka buka cerita. Cerita pertama yang isteri aku dengar (mengilai). Kedua, cerita family dekat bawah tu pun dengar perempuan mengilai tu juga. Mereka fikir isteri aku yang gelak.
“Family lagi satu tengah layan phone malam tu, pun dengar mengilai dan ingat orang bawah. Mereka cakap mengilai tu kuat,” kongsinya lagi.
Apabila menyedari keadaan makin kurang selesa, mereka sekeluarga cepat bersiap dan membuat keputusan untuk meninggalkan kediaman tu dengan lebih awal.
“Semua mandi dan bersiap-siap, bawa barang semua turun masuk kereta. Makan breakfast dulu dekat bawah. Sebelum keluar, salah seorang pergi double-check dekat atas untuk make sure semua dah clear.
“Memang tak ada barang atau orang dah dekat atas. Kemudian kami pun bergambar raya. Selepas bergambar, kemas apa yang patut, bersihkan semua benda.. baru kami check out.
Apa yang mengejutkan, mereka sekeluarga melihat gambar yang sempat merakam entiti tersebut yang dilihat ‘bermain-main’ di ruangan tangga.
Sehingga kini perkongsian lelaki berkenaan meraih sehingga 1.3 juta jumlah tontonan di laman TikTok.
Baca juga: Tular tangkap layar perbualan ibu Zayn Rayyan, dakwa tidak pernah berhenti mencari pembunuh anak