“Terminator” pakai jam tangan mewah tak bayar cukai, akhirnya dicekup di lapangan terbang Munich

Pelakon yang membintangi filem “Terminator” memakai jam tangan yang tidak dibayar cukai akhirnya dicekup di lapangan terbang Munich.

Pelakon filem aksi Hollywood Arnold Schwarzenegger di tahan pada Rabu kerana gagal mengisytiharkan jam tangan mahal.

Pelakon kelahiran Austria dan bekas gabenor California, 76, itu ditahan di kawasan kastam selepas tiba dari Amerika Syarikat, kata jurucakap Thomas Meister.

Schwarzenegger dijangka dapat meneruskan perjalanannya kemudian hari tetapi “jam tangan itu mungkin perlu kekal”, kata Meister.

Prosiding jenayah dimulakan terhadap bintang “Terminator” dan bekas ikon bina badan itu kerana mengelak cukai, katanya.

Cukai sepatutnya dibayar pada jam tangan kerana Schwarzenegger berhasrat untuk menjualnya di Kesatuan Eropah, menurut Meister.

Jam tangan mewah itu akan dilelong pada majlis makan malam mengumpul dana untuk inisiatif iklim Schwarzenegger di Kitzbuehel pada Khamis, lapor harian Bild.

Barangan yang biasanya dilelong pada majlis makan malam sebegitu termasuk karya seni dan memorabilia yang ditandatangani, menurut laman web inisiatif itu.

Jam tangan yang ditempah khas dibuat khas untuk Schwarzenegger oleh pembuat jam tangan mewah Switzerland Audemars Piguet.

Baca juga: Cermin sisi dari lori 1 tan, makcik ini terima ‘thumbs up’ dari polis dan JPJ