Tular di laman sosial twitter memaparkan empat wanita yang sedang mentertawakan tatabahasa bekas teman lelaki salah seorang rakan mereka.
Menerusi video itu, salah seorang dari mereka dilihat membaca teks perpisahan yang diterima oleh seorang lelaki.
Mereka dilihat mengejek dan mentertawakan tatabahasa yang salah yang ditulis dalam bahasa inggeris.
“Weh korang, kalau korang break up kan, make sure English korang yang korang hantar kan, betul tau, sebab kawan-kawan dia bukan bodoh tau, kawan-kawan dia pandai tau. Kita baca sama-sama.
“Pertama sekali I nak minta maaf sangat for everything I made it. I made it! Bukan. I have made. We can be a friend. Tak payah. We can be friend cukup.
“No worries if you want to make a friend… bukan! No worries if you want to be friend with me. You can text or call me like usual. Wah, you want want aaa,” ujar wanita itu.
Jawapan tatabahasa yang sebetulnya itu disambut dengan tawa oleh rakan rakan yang lain.
Wanita itu turut menyatakan pendiriannya yang berasa geli dengan lelaki yang bodoh.
Video itu tular selepas dikongsi oleh seorang individu dari laman twitter.
“Banggalah tu? Ini punca ramai orang takut berbahasa Inggeris. Sebab orang macam ni.”
“Lelaki tu mungkin taip mesej tu dengan penuh perasaan. Mungkin tak fikir pasal bahasa pun.”
“Akhirnya dimalukan macam tu sekali. Secara umum pulak tu.”
Sekumpulan perempuan yg kurang bertamadun,” kata Cikgu Anep dalam laman twitternya.
Baca juga: “Kemurungan teruk selepas kandungan 8 bulan tiada, suami pula bercinta dengan kawan baik sendiri”