Terpaling Singapura! Anak Selangor puji gaji 3.5 kali ganda, siap perlekeh ada yang masih bekerja di Klang

Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana mahu mencari lebih pendapatan berikutan gaji di Republik itu berlipat kali ganda.

Namun, ada sesetengahnya yang suka memperlekehkan rakyat tempatan yang masih bekerja di Malaysia walaupun gajinya sangat rendah berbanding di negara seberang.

Ia termasuk seorang individu ini yang mendakwa anak kelahiran Selangor dan bekerja sepenuh masa di Singapura.

“Aku orang Selangor dan kerja kat Singapura. Bagi aku, kerja kat Singapura lebih berbaloi berbanding kerja di Lembah Klang.

“Kerja kat Singapura kalau naik bas okay lagi. Scan pasport kat kaunter ICA (Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura) pun dah senang.

Hanya tinggal tunggu bas je untuk menuju ke stesen MRT ke tempat kerja,” katanya menerusi satu hantaran di grup Facebook.

Dia turut memberi perbandingan antara tempat kerja baharunya dan juga di negeri kelahirannya.

“Kalau kerja Lembah Klang pula tak habis-habis dengan ‘jem’ (trafik sesak) bagai kat atas jalan. Sudahlah pengangkutan awam pun tak cekap,” dakwanya.

Dia turut menyifatkan meskipun bersusah payah di negara orang, penghijrahannya itu dikatakan sangat berbaloi kerana gajinya yang berlipat kali ganda.

“Kerja Singapura paling berbaloi sebab 3.5 kali ganda (gaji) berbanding kerja di Lembah Klang satu kali je. Tak sia-sia masuk kerja kat Singapura walaupun duduk di Johor Bahru,” ujarnya.

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang menghentam individu ini berikutan dirinya yang memperlekehkan rakyat tempatan.

“Terpaling Singapura la kau ni. Suruh nenek kau buat kenduri kesyukuran. Gembira sangat kerja di Singapura.

“Dah kerja elok tu benda macam ni kau simpan je dalam hati, cukup tahun berhenti balik kampung. Yang kau nak bezakan Malaysia dan Singapura dah kenapa? Hujung-hujung balik Malaysia juga kau nanti.

“Motifnya apa, nak beritahu yang kau kerja bagus, dan yang kerja di Lembah Klang semua sia-sia ke? Rezeki orang lain-lain. Aku pun kerja Singapura juga, tapi tak beria macam kau,” demikian antara komen netizen.

Baca juga: “Pelajar dipaksa tidur dalam tandas”-Madrasah terkenal dibiayai ahli politik ‘kantoi’ tidak berdaftar?