Terpinga-pinga budak perempuan 12 tahun ini, rupanya dia ditunangkan dengan duda

Seorang budak perempuan berumur 12 tahun di Madura, wilayah Jawa Timur kelihatan terpinga-pinga dalam majlis pertunangannya.

Lapor akhbar Tribunnews, kanak-kanak berbaju merah dan bertudung hitam itu ditunangkan dengan duda berusia 27 tahun.

Lelaki berkenaan pula dikatakan sudah mempunyai seorang anak.

Rata-rata kasihan melihat reaksinya yang berwajah polos sedang menerima duit daripada beberapa wanita dewasa.

“Majlis pertunangan remaja berumur 12 tahun bersama seorang duda berusia 27 tahun dan memiliki anak satu,” demikian menurut keterangan klip video itu.

Rakaman itu menjadi tular di media social dengan sebahagian warga maya tidak berpuas hati dengan majlis pertunangan yang telah berlangsung itu kerana budak perempuan berkenaan masih di bawah umur.

“Bergantung pada pemahaman ibu bapanya. Memang kebanyakan penduduk Madura berkahwin pada usia muda,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Itu hanya majlis pertunangan. Ia boleh diteruskan dan boleh dibatalkan. Memang itu yang saya sering dengar di Madura,” kata pengguna TikTok lain.

BACA JUGA Terkejut tengok babi gemuk dibawa ke masjid, niat untuk buat ibadah korban dipuji