Terselamat dari bom Nagasaki dan perang dunia, wanita ini mahu hidup lagi rupanya tidak kesampaian, mati di usia 119 tahun.
Kane Tanaka meninggal dunia di Jepun pada 19 April lepas.
Dia berazam untuk hidup hingga 120 tahun namun hajatnya tidak kesampaian. Pada hari lahirnya yang ke-119 pada 2 Jan, ahli keluarga Tanaka berkata dia berharap dapat hidup hingga 120 tahun.
Menurut data Bank Dunia, Jepun mempunyai penduduk paling tua di dunia, dengan kira-kira 28% berumur 65 tahun ke atas.
Guinness World Records dalam kenyataan di laman web rasminya menyebut, Tanaka meninggal dunia pada 19 April lalu.
“Sebelum ini Tanaka mengalami beberapa masalah kesihatan yang memaksanya dikejarkan ke hospital beberapa kali”, jelas ahli keluarganya dalam catatan di akaun Twitter seminggu sebelum mendiang meninggal dunia.
Menurut Guinness, Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, tahun yang sama adik-beradik Wright menerbangkan kapal terbang pertama dunia.
Pada Januari 1922, mendiang berkahwin dengan Hideo Tanaka dan pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak.
Dalam catatan di akaun rasmi Twitter, Guinness mengesahkan Tanaka merupakan individu kedua tertua dalam rekod.
“Mendiang menjadi individu tertua pada Januari 2019 berusia 116 tahun dan 28 hari.
“Mendiang juga merupakan individu kedua tertua dalam rekod di belakang Jeanne Calment yang meninggal dunia pada usia 122 tahun.
“Ketika ini individu tertua dunia adalah Sister Andre, seorang biarawati Perancis yang kini berusia 118 tahun dan 73 hari, kata Guinness.
Sister Andre juga merupakan individu tertua dunia yang pulih daripada jangkitan COVID-19.
Baca juga: Isteri fail fasakh ke atas suami kerana suami besarkan zakar