Tersenyum lebar! Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara pula RM250

Kerajaan hari ini telah bersetuju untuk menyediakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah. Bayaran ini dijadualkan akan dibuat pada Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa bantuan tersebut juga akan disalurkan kepada penjawat awam yang berstatus kontrak.

“Kerajaan bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“RM250 pula akan diberikan kepada semua pesara termasuk veteran berpencen dan tidak.

“Insya-Allah, sudah maklum kepada Perbendaharaan dan akan dibayar mulai Jumaat ini,” katanya pada Majlis Perjumpaan PM bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Baca juga: Makin merepek! Balenciaga tayang ‘gelang’ hampir RM19,000