Baru-baru ini, dilaporkan, tiga jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot strategik yang dilakukan oleh hampir keselurhan rakyat di dunia.
Antaranya McDonalds, Starbucks dan Disney yang turut memberi kesan dalam dunia perniagaan.
CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai tiga perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot 3 syarikat ini.
Menurut tokoh masyarakat Irfan Khairi sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot.
Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10%-20% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi.
Adakah dengan boikot perniagaan seperti Mc Donalds, Starbucks dan Disney dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?
Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.
Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis.
Usaha boikot menjatuhkan nilai ekonomi mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan prihatin. Usaha boikot akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zionis dalam membantu mereka.
Dan inilah yang terjadi kini. Alhamdulillah, kemenangan kepada kita
.
Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zionis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zionis.
Dan walaupun mungkin Zionist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu Palestine serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha boikot kita.
Kini dikatakan, kita menang peperangan media diserata dunia. Apa kata kita menang juga perangan ekonomi.
Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya.
Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga – walaupun sedikit demi Islam.
Baca juga: “Aku tobat tak akan jejak kaki dah ke Cameron Highland!”