Tesla kini mula beroperasi di Malaysia, lancar Model Y dengan harga dari RM199,000

Syarikat milik Elon Musk, Tesla Motors kini beroperasi sepenuhnya di Malaysia dengan pelancarannya yang dijalankan pada hari ini di Pavilion Kuala Lumpur.

Kenderaan EV pertama mereka juga boleh ditempah hari ini dengan tiga pilihan iaitu Model Y RWD (jarak 430 km),
Model Y AWD Long Range (jarak 533 km), dan Model Y AWD Performance (jarak gerak 514 km).

Penghantaran tempahan kenderaan ini akan bermula pada awal tahun 2024 dengan kenderaan berharga RM199,000-RM288,000.

Jaringan pengecasan Supercharger juga akan didirikan di Malaysia untuk menyokong kenderaan itu.

Sebagai permulaan, lapan Supercharger telah didirikan di Pavilion Kuala Lumpur dengan keupayaan 250 kW, boleh cas 5 minit untuk jarak sehingga 120 km.

Pameran kenderaan Model Y ini kini boleh dilawati terus di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur sehingga 31 Oktober ini.

Baca juga: Passport paling berkuasa dalam dunia, Singapura akhirnya tewaskan Jepun