Tular satu rakaman video dari seorang pemuda yang membuat “lawatan” tempat Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang dikatakan singgah membeli makanan semasa perjalannya ke Kuala Lumpur.
Selepas itu, Sanusi dikatakan singgah ke Showroom Ford yang berada di sekitar untuk test drive.
Menurut setiausaha politiknya, bosnya hanya singgah ke pameran kereta berjenama itu yang berdekatan restoran itu.
Namun harini, muncul pula satu video membuktikan bahawa tiada pun restoran berdekatan showroom kereta tersebut. Bagaimana pula Setpol MB Besar boleh kata begitu?(Video di bawah)
Semalam kecoh satu Malaysia apabila menteri besar itu dikatakan membuat test drive kereta berjenama FORD yang terang terang melanggar SOP.
Afnan dalam tulisannya mengaku, ketika kejadian berlaku, Sanusi bersama pemandu dan seorang anggota polis pengiring singgah di Juru untuk membeli makanan dalam perjalanan mereka dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.
“Ada seorang salesman duk susun kereta Ford Ranger di luar shor room. MB pi jengok kereta tu. Bukan pi nak beli. Saja pi tengok. Minat. Kalau pi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pulak.
“Walaupun show room tutup, salesman tu bersopan, layan orang yang mau lihat sambil-sambil duk alih kereta-kereta tu. Dia tau waktu ni tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga macam tu la.
“Lepas siap beli makanan, MB sambung perjalanan ke KL. Ford Ranger tu duk ada kat Juru tu. Tak ikut pi sekali,”tulis Afnan, anak bekas Iman Besar Masjid Negara itu.
Afnan menafikan sama sekali berlaku ‘test drive’.
Beliau juga mengesahkan Sanusi menggunakan kereta Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang menjadi kontroversi sebelum ini.
“Tolong sampaikan pada akak yang ambik gambaq tu. Baguih akak ni. Rajin,” tulis Afnan yang dipercayai ditujukan kepada Nini yang mengambil gambar Sanusi sedang membuat pandu uji kereta itu walaupun dinafikan oleh Afnan bahawa ada ‘test drive’.
Afnan Hamimi Taib Azzamuddin berkata demikian bagi menjawab tulisan seorang wanita, Nini Sirom yang menyaksikan bagaimana Sanusi memandu uji kereta Ford Raptor di Juru Autocity, Pulau Pinang petang semalam.
Bagi Nini, tindakan Sanusi memandu uji kereta tersebut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dikenakan adalah tidak wajar kerana ia melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini kerana penjualan kereta atau pandu uji kereta baharu tidak termasuk dalam perkhidmatan perlu semasa PKP Penuh.
“Saya ada kemuyskilan! Izinkan saya kongsikan apa yang berlaku di depan mata saya sendiri,” tulis Nini dengan menyatakan Lokasi: Juru Autocity, berhadapan Showroom Ford Autocity, Jam: 6.30ptg dan Tarikh: 5 Jun 2021, Hari: Sabtu.