Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia

  • Post author:

Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia. Pastinya ramai peminat Marvel Studios yang kecewa dengan berita yang disampaikan oleh GSC di laman Facebook mereka.

Walt Disney Studios Motion Pictures mengesahkan filem tersebut tidak akan ditayangkan di Malaysia selepas ditunda beberapa kali sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, GSC berkata pembatalan tayangan filem sekuel keempat terbitan Marvel Studios itu telah diputuskan oleh Disney.

Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda.

Baca Juga: Sanggup habiskan RM26.7 juta untuk tali pinggang kejuaraan milik Muhammad Ali

Baca Juga: Beli nasi lemak pun kena pakai kabel nanti, cara wanita ini dapat kereta ‘mengejutkan’