Sedia maklum selepas 1 Februari 2024 semua kakitangan awam yang baru dilantik termasuk ahli politik semuanya tidak lagi mendapat pencen.
Mana-mana yang dilantik selepas tarikh itu akan dapat wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Lepas ini kakitangan awam dan swasta semua sama ‘level’ tidak ada keistimewaan. Jadi tidak perlu menunggu untuk memperoleh kerja kerajaan semata-mata mahu pencen.
Bagaimanapun sistem KWSP ini menyediakan tabungan untuk kakitangan pencen dengan selesa walaupun mereka tak ada pencen bulanan.
Tetapi jika kita bijak manage duit KWSP tu dengan betul mereka akan dapat lebih lagi daripada pencen bulanan yang bakal mereka dapat itu..
Dengan syarat mereka pandai manage duit kalau sekarang nak fikir kalebihan KWSP pun mereka tidak mampu macam mana nak manage tabungan sendiri bila dapat duit KWSP stimbun nanti.
Menurut Che Ibrahim Mohamed di facebooknya sistem pencen lni yang paling untung hanya mereka yang umur panjang atau masih ada anak kecil selepas bersara.
“Kadang kadang mereka nikmati pencen lebih lama dari tempoh berkhidmat. Kerja 25 tahun, tapi makan pencen 40 tahun muga umur dah 85-90 tahun tak mati lagi… Alhamdulillah,”kata beliau.
Kata beliau, tapi kalau selepas pencen 1 hingga 2 tahun tiba tiba mati, bini takde, anak anak dah lebih 18 tahun atau dah tak belajar sekolah, maknanya pencennya mati sekali dengan tuannya.
Berbeza dengan skim KWSP, mereka boleh duit setongkol atau sekaligus bersama duit ganjaran dan gratinuiti, sama ada dia mati awal atau lambat mati.
Duit tersebut boleh dimanfaatkan dengan berbagai cara atas nama milik penuhnya.