Kak KM terkenal dengan imej seksi yang melampau. Usahawan itu sering memuatnaik videonya dengan gaya berahi dan tersangat seksi dalam konten media sosialnya.
Baru-baru ini usahawan kecantikan wanita itu menjejakkan kaki ke Makkah. Ramai netizen mendoakan supaya Kak KM tidak kembali kepada perangai lamanya.
Kak KM atau namanya Liyana Rosli dalam satu hantarannya meminta agar netizen tidak meletakkan harapan terlalu tinggi ke atas dirinya untuk menutup aurat sepenuhnya.
Perkara itu dikongsikan Kak KM di mana dia menerima ribuan mesej yang mengharapkan agar dia terus bertudung selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
Memang beribu-ribu saya dapat komen fasal umrah. Mereka nak tengok saya pakai tudung ke tak.
Jangan letak harapan terlalu tinggi, saya bukan ustazah. Saya hanya orang biasa dan saya belum dapat lagi rasa nak pakai tudung. InsyaAllah akan sampai satu masa berhijab tapi buat masa ni memang belum lagi.
Kata Kak KM lagi, dia tidak mahu memakai tudung hanya kerana dipaksa orang lain yang akhirnya membuatkan dirinya kembali membuka tudung nanti.
Kongsinya, biarlah niat untuk bertudung itu ikhlas dan datang dari hatinya sendiri tanpa sebarang tekanan. Apapun, Kak KM berkata dia akan berusaha untuk menjaga pemakaian yang lebih sopan.
Mungkin saya akan jaga pemakaian, seksi itu memang InsyaAllah dah tak ada. Kalau pakai baju apa-apa kena pakai cover seperti jaket. Ini perkara pertama yang saya akan cuba buat dulu.
Alhamdulillah, biar perlahan asalkan ada perubahan yang baik setiap hari dalam hidup kita. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Kak KM sekeluarga.
Baca: Stim ikan dah tak perlu ada pengukus! Yang penting rasa tetap ‘onz’ macam kedai siam