Pelakon Mawar Rashid telah mengesahkan bahawa dia kini sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob.
Berita tersebut diumumkan oleh Mawar sendiri melalui hantaran terbarunya di akaun Instagram dalam ruangan IG Story miliknya.
Menurut Mawar, mereka berpisah kerana tiada lagi persefahaman antara satu sama lain di dalam rumahtangga.
“Kami berdua telah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu.
“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan menyayangi keperluan anak-anak kami.
“Kejayaan bersama-sama untuk menjaga anak (co-parenting) adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan Insya-Allah,” maklumnya.
Dalam pada itu, Mawar juga berharap agar tidak ada lagi spekulasi atau komen negatif mengenai perkahwinan mereka selepas ini.
“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini.
“Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kita berdua. Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif.
“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” tulisnya.
Baca juga: Tular dakwaan Mawar Rashid bakal bercerai, sekali ini jawapan mengejutkan dari Fazley Yaakob