Tiada toleransi terlewat sikit kunci pagar, tak kira guru atau murid-Guru dikunci luar pagar sekolah

Tiada toleransi terlewat sikit kunci pagar sekolah di antara perkara yang tak dapat dilupakan ketika zaman persekolahan.

Kini guru-guru yang lewat pula akan dikunci luar pagar sekolah, ini baru betul siapa sahaja yang datang lambat ke sekolah akan dikunci dari luar.

Biasanya, peristiwa begini dirasai oleh golongan pelajar namun apa yang berlaku di sebuah sekolah di Indonesia apabila guru dan staf sekolah turut dikenakan denda sebegini.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @bohay91830, manakala kejadian itu berlaku di Sekolah Vokasional Negeri 4 Bangli, Bali.

Berdasarkan rakaman, guru-guru yang terlewat datang ke sekolah pada Isnin lepas itu dihalang memasuki pekarangan sekolah supaya tidak mengganggu perhimpunan pagi.

“Guru datang lewat dan pintu pagar sekolah ditutup oleh pelajar semasa acara menaikkan bendera,” demikian menurut kenyataan akaun tersebut.

Katanya, kejadian itu menunjukkan bahawa tiada toleransi walaupun hanya terlewat satu minit sebelum sesi persekolahan bermula.

Kelihatan beberapa pengawas sekolah turut mengawal pintu pagar tersebut. Walaupun mereka terlewat hanya 1 minit, ia direkodkan di dalam buku laporan untuk rujukan pihak sekolah.

Malah, para guru dan staf sekolah itu juga direkodkan namanya untuk dijadikan laporan pihak sekolah.

@bohay91830

guru dan staf juga manusia,tempat kami salah tapi bukan sengaja..tidak semua yg bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami dan inilah salah satu pengamalan pancasila untuk membentuk karakter peserta didik yang kami terapkan disekolah,bahwa siapapun yang terlambat harus menghadapi konsekuensinya.maaf atas keterlambatan kehadiran kami,semoga kedisiplinan kedepannya bisa lebih ditingkatkan,sehingga bisa menjadi contoh dan panutan yang baik sebagai tenaga pendidik.#smk #guruterlambat #terlambatsekolah #keadilansosialbagiseluruhrakyatindonesia #pks #osis

♬ Tiara Andini Tega – Sadvibes🥀

“Guru dan kakitangan pun manusia juga, kami pun buat silap tapi bukan sengaja. Tidak semua yang bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami.

“Semoga disiplin pada masa hadapan dapat dipertingkatkan lagi supaya boleh menjadi contoh dan teladan yang baik sebagai warga pendidik,” tulisnya.

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya bersetuju dengan peraturan yang dilaksanakan sekolah terbabit yang tidak menumpukan denda terhadap murid sahaja.

Baca juga: Kanak-kanak terpaksa sorong nenek stroke sejauh 20km, tidak mampu bayar sewa rumah